Sunday, November 28, 2010

DUA tahun lalu ketika masih belajar, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang saya sendiri tidak pasti bila perasaan sayang dan cinta itu wujud di antara kami setelah dia tersalah nombor menghubungi saya.
Beza umur antara kami hanya setahun dan saya kenalkan dia sebagai B. Sepanjang dua tahun bercinta, hubungan kami dilanda badai. Pada mulanya masalah antara kami dapat diselesaikan secara baik. Yang pasti, dia menyayangi saya walau apa pun terjadi.

Bagaimanapun, akhirnya perpisahan jua yang terjadi. Ia berlaku setelah saya dimaklumkan oleh kakak B bahawa keluarganya mempunyai calon isteri untuknya.
Walaupun saya cuba untuk melupakan B dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain tetapi perasaan kasih sayang saya pada B tetap kuat. Kadang-kadang saya rasa bersalah terhadap lelaki yang baru saya kenali ini. S begitu baik dan dia juga tahu apa yang telah terjadi antara saya dan B kerana apa masalah yang terjadi saya sering luahkan pada S. Mungkin disebabkan itu jugalah saya mengambil keputusan untuk lebih serius dengan S setelah hubungan saya dengan B putusi. S tidak tahu bahawa saya masih menyintai dan berharap kembali kepada B. Saya buntu memikirkan hal ini, setiap masa saya berdoa agar saya dipertemukan kembali dengan B dan bersalah dengan S. Pernah terfikir biar saya mati dulu daripada saya kehilangan cinta antara mereka. Bantulah saya agar hidup lebih tenang.
 
justeru itu boleh menyelidik status terkini B selepas dua tahun tidak berhubung. Kalau dia masih ‘single’ dan belum berpunya, tidak salah sekiranya saudari kembali berbaik dengan syarat, hubungan itu direstui keluarga dan saudari berterus-terang dengan S.

Tapi, jika B sudah berkeluarga, lupakan B kerana dia hanya akan menjadi penghalang kepada hubungan saudari dengan S. B adalah sejarah manis dalam hidup saudari, tapi hidup mesti diteruskan.
Paling utama, saudari perlu pastikan siapa yang sebenarnya bertakhta di hati. Jika kurang pasti, buat senarai kelebihan dan kekurangan kedua-dua calon itu untuk dijadikan suami.

Calon suami tidak semestinya seorang yang saudari lebih cintai, sebaliknya individu yang memiliki kebarangkalian paling tinggi untuk menjadi ketua keluarga terbaik yang boleh memimpin saudari dan anak-anak kelak.

Jangan jadi lemah dek cinta, sebaliknya terjemahkan cinta ke arah kebaikan. Cinta seharusnya menjadi penyuluh kehidupan dan bukannya menjadikan saudari lebih lemah.

Seperkara lain, jangan terlalu memendam perasaan kerana ia boleh membawa kesan negatif dalam hidup saudari. Luahkan perasaan itu supaya ia tidak terbuku di hati. Mungkin orang lain hanya mampu mendengar, tapi sekurang-kurangnya saudari boleh melepaskan bebanan dalam diri.

No comments:

Post a Comment