Besut..kat mana tu ek? Hurmm.. mungkin namanya tak semegah Bukit Bintang, namun kawasan ini mempunyai identity tarikan tersendiri. Kalau nak tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk utama ke Pulau Perhentian. Ha..Kalau sebut pasal perhentian Island confirm ramai yang tahu. Betul tak? Ada sejarah yang tertulis melalui catatan pengembara terkenal, munsyi Abdullah dalam kisah pelayaran ke Kelantan namun tak begitu banyak menyentuh soal Besut.
Selain sebagai pintu masuk pelancong ke Pulau Perhentian, Besut juga ada menawarkanpelbagai percutian berasaskan alam semula jadi untuk seisi keluarga. Pantai yang menarik macam pantai air tawar yang mana tiap-tiap tahun akan di adakan sambutan kesenian dan kebudayaan terhadap pelancong, aktiviti menyelam dan penerokaan gua, meluncur angin Laut China Selatan, mandi-manda di kolam air panas dan air. Kalau nak cerita sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Jadi lina cadangkan datang melancong ke tempat ini...:)


No comments:
Post a Comment